Nasi Goreng Kerabu... 😋
Memandangkan kita semua "berkurung" lagi di rumah, Rhys nak kongsi satu resepi dengan korang semua yang rindu makan-makan sedap di luar... Nasi Goreng Kerabu. Satu hidangan yang sangat sedap dan juga sangat mudah kalau nak buat di rumah sendiri.
📋Bahan-bahan:
🍚 Nasi Goreng
-2 sudu besar minyak masak
-5 ulas bawang putih
-3 cm halia
-3 batang serai
-1 cawan ayam kisar
-1/3 cawan Kimball Black Pepper Sauce
-1/3 Kimball Chilli Sauce
-5 cawan nasi putih
-1 cawan kacang botol (dihiris halus)
-2 sudu besar kerisik
🥗Kerabu
-2 bunga kantan
-1 cawan daun kesom, daun selasih, daun kunyit, ulam raja (dihiris halus)
🍲 Cara-cara masak
1) Tumis bawang putih, halia dan serai sehingga naik aroma
2)Masak ayam kisar sehingga masak sepenuh.
3)Tambah Kimball Black Pepper Sauce, Kimball Chilli Sauce dan kacau selama 5 minit
4)Masukkan nasi putih dan kacau
5)Selepas 5 minit tambah kacang botol, selepas lagi 5 minit tambah kerisik
6)Hidang dan taburkan kerabu di atas
Selamat mencuba! Dengan Kimball Malaysia kompem gaya Malaysia! 🇲🇾
#KompemGayaMalaysia #matsallehmasak #KimballMY #KimballMalaysia #Rhyscuba #masak #nasigorengkerabu